Jumaat, 18 September 2015

Sudah Siap

 
Sebuah lagi masjid yang baru dibina dalam Kuala Lumpur kini sudah siap. Masjid Zaid bin Thabit terletak berhampiran dengan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan bersebelahan dengan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak dan berhadapan dengan Lebuhraya MR2 di Bandar Tasek Selatan. Jika anda dari Subang Jaya apabila tiba di exit untuk ke TBS ambil laluan kiri tersebut dan bila tiba diselekoh untuk ke TBS jangan belok, sebaliknya terus sehingga tiba ke persimpangan menuju Stesen LRT Bandar Tasek Selatan dan disitu terdapat simpang jalan masuk ke masjid ini.
 
Melalui gambar dibawah ini anda dapat melihat kedudukan TBS yang disebelah kiri masjid pada gambar tersebut. Semua gambar-gambar di bawah ini dirakam pada 1 Zulhijjah 1436 bersamaan 15hb September 2015.
 
 
Kelihatan bangunan TBS (Terminal Bersepadu Selatan) dibahagian belakang menara masjid dalam gambar.
 
  
PPR Desa Tun Razak berada disebelah kanan masjid dalam gambar ini.
 
   
   
Pembinaan keseluruhan masjid ini serta semua kemudahan yang terdapat didalamnya memakan mencecah RM 13 juta.
 
  
Gambar dari luar pagar masjid.
 
 
 
Satu majlis ringkas penyerahan kunci masjid secara simbolik telah diadakan di dalam masjid tersebut pada 1hb Zulhijjah 1436 bersaman 15hb September 2015 yang mana Pengarah JAWI bagi pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIP) telah menerimanya dari pihak yang membina masjid tersebut.
 
Dalam majlis tersebut juga Pengarah JAWI telah melantek Datuk Nazri sebagai Pengerusi Masjid Zaid bin Thabit yang pertama dimana Datuk Nazri sendiri akan membentuk Ahli-ahli Jawatankuasa yang akan mengurus dan bertanggung jawab terhadap perjalan dan pertadbiran masjid tersebut. Kemudian Pengarah JAWI menyerahkan kunci masjid secara simbolik kepada Datuk Zaini disaksikan oleh Datuk Rizalman bin Datuk Mokhtar, Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak.
 
 
 
Dalam gambar kelihatan Pengarah JAWI (dikanan dalam gambar) sedang bersalaman setelah menyerahkan kunci masjid kepada itu Datuk Nazri (disebelah kiri) dan ditengah mereka ialah Datuk Rizalman, manakala dibelakang mereka ialah Imam 1 Masjid Zaid bin Thabit yang pertama.
  
 
Gambar-gambar  sewaktu majlis penyerahan kunci diadakan.
 
 
Yang ini pula yang tengah senyum lebar ini ialah mantan Setiausaha Surau Darul Naim. Masjid ini sebenarnya dibina bagi menggantikan Surau Darul Naim yang sudah tidak mampu menampong jumlah Jemaah yang terlalu ramai terutama pada hari juma'at dan hari raya aidil fitri atau aidil adha.
 
 
Ini pula ialah gambar Amer Saab tengah termenung memikikirkan sesuatu.
 
Jemaah Usaha Atas Iman dan Amal di PPR Desa Tun Razak. Tugas utama Jemaah ini ialah mengadakan Mesyuarat Harian dimana lapuran Karguzari diambil dari semua Jemaah yang hadir dalam mesyuarat dan memberi buah fikir agar setiap lelaki yang baligh dapat datang solat Jemaah dimasjid dan setiap wanita dapat menutup aurat dengan sempurna. Selain itu Jemaah bertanggung jawab mengadakan ziarah (Gash) mingguan dari rumah kerumah mengajak manusia kepada Allah.
 
Mesyuarat Harian biasanya dibuat selepas solat isya'. Gash Ummumi ialah pada hari selasa mulai jam 6.00 petang. DTI ialah pada hari isnin selepas solat Isya' dan Mesyuarat Harian. Lazimnya selepas Gash Ummumi dan DTI semua Jemaah dijamu dengan jamuan yang termampu.
 
Gash Kedua pada hari jumaat di Surau Vista Awani Bandar Sri Permaisuri selepas solat maghrib. Mesyuarat Halakah (Halakah Bandar Tun Razak) ialah di Madrasah Hidyatul Islamiah Bandar Tun Razak setiap hari khamis selepas solat isyak.
 
Memang setiap pergerakan memerlukan pengurbanan dan setiap pengurbanan pasti mendapat ganjaran yang lumayan dari Allah ta'ala. Inilah perniagan yang menguntungkan dimana setiap RM 1 yang dibelanjakan akan mendapat gandaan sehingga RM 300,000. Jikalau anda berminat untuk sama-sama membuat pengurbanan dalam usaha ini sila dapatkan tabung disebelah kanan diatas bahagian blog ini.
.
.
Semuga Allah ta'ala permudahkan segala urusan.
 

Isnin, 14 September 2015

Sewaktu Dalam Pembinaan

Pembinaan masjid ini dimulakan pada bulan mac 2013 dimana menaikkan papan tanda sebagai langkah awalnya dan di ikuti memagar kawasan pembinaan tersebut.

Walaupun pada asalnya masjid ini memiliki dua buah menara seperti dalam lukisan yang dipamerkan pada papan cadangan pembinaan namun oleh kerana bajet tidak sesuai dengan keadaan semasa maka tinggallah satu saja menara. Gambar pada mac 2013

 Beginilah keadaan tanah lapang yang di gazetkan oleh Jabatan Tanah Wilayah Persekutuan kepada JAWI. Jika tidak digazetkan kepada JAWI pasti ramai orang-orang kenamaan yang berkeinginan atas tanah yang tuinggi nilai komersilnya ini.
 Gambar pada 6.4.2013


Gambar pada 4.11.2013


Gambar pada 8.2.2014


Gambar pada 5.5.2014

Gambar pada 10.6.2014


Gambar pada 15.10.2014


Gambar pada 25.7.2015